Thursday 9 July 2015

Cinta Disebalik Tirai

EPILOG
 Tatkala tirai dibuka, debaran hati kian terasa. Tinggal beberapa detik sahaja lagi aku sah menjadi miliknya. Ku lihat wajahnya yang tenang, menghilangkan sedikit rasa debaran didada. “Aku terima nikahnya Zetty Eliyana binti Norddin dengan mas kahwin kelengkapan solat dan senaskah Al-Quran”. Seusai akad habis dilafaz, pipiku terasa hangat dibasahi airmata yang berguguran menunjukkan tanda kesyukuran terhadap Ilahi. Dahiku dikucup lembut menunjukkan aku sah mejadi milikknya. “Terima Kasih Sayang” Perlahan suara itu membisik di telingaku dan tangannya lembut memegang tanganku. Perlahan aku menunduk untuk mengucup tangannya. Airmataku jatuh lagi buat kali kedua.
“Alhamdullilah, selamat diijab kabulkan kedua pasangan” Suara yang amatku kenal, arif kawan baik suamiku.
Kami berjalan beriringan untuk ke meja beradab. Kelihatan beberapa muka yang amatku kenali mengucapkan tahniah kepada kami. Aku duduk disisi dia. Senyuman manis diberikan kepadaku. Senyuman yang pernah membuat aku jatuh cinta kepadanya. Aku turut membalas senyuman kepadanya.
“Makan lah zetty, jangan direnung lama makanan tu” Usik Puan Aminah yang kini bergelar sebagai ibu mertuaku.
 “Akak senyum” Adik iparku Syaqir memberi arahan untuk mengambil gambar kami.
 Hari yang tak pernah ku sangka akan tiba, akhirnya menjelang jua. Lambaian kawan-kawanku kubalas. Kawan-kawan yang sentiasa ada bersamaku dikala susah dan senang. Aku sudah menganggap mereka seperti keluargaku sendiri. Tempoh empat tahun kami bersama telah mencipta pelbagai kenangan. Ahh, sungguh aku tak mahu tinggalkan zaman remajaku.
“Sayang, kenapa termenung?” Soalan yang diajukan menyedarkanku dari lamunan. “Senyum sikit, ramai tetamu pandang. Nanti dia orang kata awak dipaksa kawin dengan saya pula” gurau suamiku. Ku masih ingat gurauannya lah yang selalu menghiburkan hatiku dikala kesedihan. “
“Kalau saya tak sudi, dah lama saya lari panjat tingkap tau.” Aku membalas dengan nada ingin mengugut. Dia ketawa sambil memegang pipiku. “Kalau awak lari, saya tetap akan kejar walaupun sampai hujung dunia” Terasa panas pipiku, malu aku dibuatnya. Tak disangka, adengan kami tadi ditangkap oleh adik iparku. Gambar candid pertama kami.
Kami memulakan upacara suap-menyuap makanan. Agak kekok bagiku, tetapi tenang sahaja pada dia. Satu lagi sikap yang berjaya melembutkan hatiku padanya. Jika disuruh aku senaraikan perangai dia yang buat aku sayangkan dia, rasanya  habis satu buku log belum tentu cukup.
Selesai berada dia meja beradab, kami menyapa tetamu yang hadir. Kami singgah dimeja dimana kawan-kawan kami berada. “Tahniah bro.” Akmal bersalam dengan suamiku. “Dapat juga kau petik bunga pakma nikan” Itulah gelaranku yang diberikan suamiku kepadaku. “Bunga pakma ni aku punya sekarang. Sampai bila-bila aku punya je” riuh suara kawan-kawan kami selepas suamiku membuat pengakuan berani mati dia. “Kau zetty, perangai tu elok sikit. Jangan buat perangai tak semenggah kau tu. Dah jadi isteri orangkan” Tegur amannina kepadaku. Aku membalas dengan anggukan menandakan aku faham. “Ety, una suka ety macam ni. Nampak ayu je” Suara una yang kecil membuatkan kami ketawa.

Dalam suka dan gembiranya harini. Membuatkan aku teringat apa yang telah terjadi kepada kami dalam tempoh setahun berkenalan. Membuat aku teringat tentang pedih dan peritnya hidup sebagai seorang remaja yang bercinta.

#TO BE CONTINUE

Thanks FoR rEAd iT. SaYaNg AwAk-AwAk

No comments: